Kuark pesona

Kuark pesona, ditandai c, perisa kuark yang berada dalam generasi kedua bersama kuark aneh (ada juga yang menyebutnya sebagai kuark cun supaya selari dengan tandanya!). Bercas elektrik +2/3 e, dan seperti kuark-kuark lain, mempunyai cas warna merah, biru atau hijau.Nombor kuantum pesona dikaitkan dengan kuark ini. Kuark ini mereput kepada kuark-kuark lebih ringan, kadang-kadang juga bersama lepton, menerusi salingtindak lemah. Pesona hanya diabadikan dalam salingtindak kuat dan keelektromagnetan (dan graviti).Antizarah bagi kuark pesona ialah antikuark dengan perisa antipesona, bercas elektrik -2/3 e (dan dengan antiwarna antimerah, antibiru atau antihijau).Kuark pesona mula dicadangkan oleh Sheldon Glashow bersama James Bjorken dalam tahun 1964, untuk mengimbangi akibat kuark-kuark lain yang telah diketahui, dalam proses tertentu yang membabitkan gambarajah Feynman berkotak. Penemuan zarah J/ψ oleh pakatan yang dipimpini Burton Richter dan Sam Ting dalam tahun 1974 membuktikan kewujudan kuark pesona.